TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 8 Mac 2010

Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

Sambungan yang semalam

Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.

Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.

Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
--------------------------------------------------------------------------------------
*Tepuk dada tanya selera.....*

12 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...

ada sebab setiap sesuatu ketetapan dr Allah kan..renung2kan dan selamat beramal..! ^_^

Unknown berkata...

tapi ade jugak dirogol bila bertutup litup.. nafsu lelaki tak kira tutup atau idak aurat, nama pun napsu gila so bantai jek huhuhuhu

Abd Razak berkata...

Salam...

Matlamat menghalalkan cara itu tidak ada dalam Islam, yang halal tetap halal dan haram tetap haram. Andaikata ada orang mengatakan bahawa dia cukup sempurna iman dan akhlaknya kepada Allah SWT sedangkan dia melanggar perintah Allah sewenang-wenangnya maka dia adalah pembohong besar.

CITY® berkata...

bagi saya

yang halal itu jelas
yang haram itu jelas

yg dosa tetap dosa

semoga kita lebih baik dari semalam

DUN Behrang 2020 berkata...

Soal tutup aurat atau tidak tp kena rogol tu soal nafsu gila...tp dalam soal aurat ni dah jelas...renung2kan...

Azmiezas berkata...

Kita setuju ngan komen kenkawan yg lain, yg halal tetap halal dan yang haram tetap haram..Wallahhualam..

fiezaradzi berkata...

mmg mostly itulah alasan lau tak mau pakai tudung..kononnya takut memalukan Islam, ye la, nnt org kata pakai tudung tapi perangai..
sepatutnya kena ingat, bila pakai tudung, kenalah berubah sikit2..
pada saya org yg cakap camtu sebenarnya saja je cari alasan tak nak pakai tudung..

Unknown berkata...

etuza minta izin cakap ya..sebelumnya maaf kalau tidak sepihak dengan etuza.

Saya suka menyatakan bahawa apapun alasannya, Islam tetap mewajibkan muslimah menutup aurat dengan cara sebenar-benarnya. Apabila wanita itu beramal dan berdoa agar Allah melindunginya insyaAllah Allah akan selamatkan wanita solehah itu dari apa juga musibah.Allah maha menyayagi umatnya yang bertaqwa.
Seandainya ini diyakini, pasti selamat dari angkara cabul maruah.Isu membicarakan wanita dedah aurat tetapi maruahnya terjaga, ini konsep salah kerana berapa banyak mata memandang terpalit dosa dengan melihat aurat wanita itu sahaja sekalipun dari jauh,kerana melihat aurat wanita sajapun jatuh dosa, padahal wanita itu bukan bermaksud memperlihatkan dengan sengaja auratnya tetapi kebetulan terdedah kerana pakaiannya kurang sempurna.

Apapun kalau wanita itu tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi sengaja tidak menutupnya itu lagi berat rasanya. Kerana dia memperlekehkan apa yang dia tahu.Bak kata Abdul Razak, pembohong besar.Filirkanlah..

Salam ukuhuwa fillahi.

Yunus Badawi berkata...

Menutup aurat itu wajib utk semua wanita dan lelaki Islam yg mukalaf. Tiada alasan utk tidak berbuat demikian kerana ini hukum dariNya.

DrSam berkata...

salam singgah dan perkenalan. Saya tertarik dengan entri dan bicara disini.

Ustaz saya cakap, wanita (dan juga lelaki) yang tak menutup aurat tu golongan OKU.

Ingat peringatan Allah tentang sejenis binatang seperti ular - Sujjau Ukro yang akan datang menyiksa orang yang tidak menutup aurat ni.

tuan director berkata...

offtopic :

dok perlis belah mana?
dok area kangaq ni
jom p pekena laksa kola

hafizmd berkata...

Setuju ngn anda semua..menutup aurat itu suatu kewajipan..setiap ketetapan Allah itu pasti ade kebaikan dan hikmah..yang pasti..nak ikut atau tak..itu ajer..walluhua'lam

Link Within

Related Posts with Thumbnails