TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Ahad, 7 Mac 2010

Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

--------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya.

9 ulasan:

Unknown berkata...

menarik isu ni
ini diantara
percaya
dan kepercayaan....
orang yg percaya lain
orang yg berkepercayaan lain.

CITY® berkata...

salam alimaz,

tq sharing menda2 baik mcm ni

itu lah kita,
bila sesuatu hukum yg kita tahu, tapi kita tak ikut,
macam2 la alasan kita kata
tak sampai seru la
kena ikhlas dulu la
tak leh paksa2 la

macam2 la kita ni kan

INNA AB berkata...

salam....kata orang...org pakai tudung,kita tak tau baik jahatnye dia!! yang tak pakai memang dh cnfirm x baiknye!!...(dr segi auratla....)

Abd Razak berkata...

Salam..

Cukup sekadar aurat itu dilihat, sudah menjatuhkan maruahnya! Tidak perlu menanti dizinai untuk dikatakan sebagai jatuh maruah. Tidak malukah apabila anggota sulit kita dilihat orang? Adakah anggota sulit hanya diukur dengan kemaluan sahaja? Tidak! Semua anggota yang dikatakan aurat dikatakan sulit. Mana mungkin sebuah kerajaan dengan sengaja mendedahkan rahsia sulit mereka kepada kerajaan yang lain.

aNnA_jaN berkata...

amiiinnnnnn....

Nadiah Sidek berkata...

setuju sgt. apa jua alasannya..nak tak nak kena jgk tutup aurat sbb ianya wajib

mama affan berkata...

dah wajib mana bole ringankan..

Unknown berkata...

ape2 pun sy sokong jer pendapat alimaz ni! hehehe

Azuan berkata...

tue la pelik jugak tengok sesetengah member yg tak pakai tudung nie...

Link Within

Related Posts with Thumbnails