TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Selasa, 5 Januari 2010

Pakej Internet lebih murah



KUALA LUMPUR - Semua syarikat pengendali rangkaian jalur lebar diberi tanggungjawab mengkaji pengenalan pakej yang lebih murah bagi mengurangkan beban rakyat dan meningkatkan kadar penembusan Internet di kalangan isi rumah.

Pakej lebih murah itu juga dianggap bonus tambahan kepada had tuntutan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM500 untuk langganan pakej jalur lebar tahun ini.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM), kadar penembusan jalur lebar di Malaysia ketika ini ialah 31 peratus daripada enam juta isi rumah yang diselidiki.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengakui langkah itu bukan sesuatu yang disukai oleh syarikat-syarikat terbabit tetapi mereka ada tanggungjawab sosial untuk melaksanakannya.

Di pihak kementerian itu pula, kajian pakej mampu milik akan dijalankan dengan membuat perbandingan kepada kadar caj perkhidmatan yang sama di negara seperti Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

"Kita akan mencari jalan supaya harga pakej jalur lebar di Malaysia tidak lagi mahal," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusif bersama Radio Klasik Nasional di Angkasapuri semalam.
----------------------------------------------------------------------------------------
*Perhidmatan biarlah setanding dengan harganya....sebab selalunya...indah kabar dari rupa....*

1 ulasan:

Azmiezas berkata...

P1. harap iklan je rlebih..tapi servis mcm hampeh..dah nak terminate dah ni...gerammm

Link Within

Related Posts with Thumbnails