TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Ahad, 10 Januari 2010

Jangan Ketuk...



Info..untuk semua..

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya.

Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli.

Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.

Tapi awas. Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').

Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi ..

Dinasihatkan: Jangan ketuk, tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.

Sumber:rakan aLiMaZ
-----------------------------------------------------------------------------------------
*setitik 2..tapi akibatnya ...*

7 ulasan:

myQza berkata...

ya! Betul! dulu heran juga kenapa org ketuk.

rupanya konon nak masukkan titisan yg terakhir. aduhai!

TQ peringatan. benda ni nampak remeh tapi besar akibatnya!

Diarihatiku1976 berkata...

waduhhh.. risau saya.. en hubby saya selalu ketuk... puas ckp dahhh...

mama affan berkata...

ada gak tabiat x selamat tuh..tq kak 4 d reminder..huhu..

CITY® berkata...

oh ya ke?
tq for info...

saya time isi minyak, mesti tutup enjin, tak layan hp..
cuma pernah gak ketuk2 manja nozel tuh, heeeeeeee

mamaarifakeemaisy berkata...

pernah dgr amaran ni...tp tu la,takde lak ditampalkan kt petrol stesen eh..mmg dh jd kebiasan ni, ketuk2..heheh!

Ena berkata...

salam ziarah kembali

Thanks yer.. amat bagus la tips tu.. sbb en. hb selalu ketuk nozel tu camtu..hu3x..

Watierman berkata...

Oh ya ka...selalu guna kereta bila minyak penuh jer...hahaha..nanti Akak remind Abg supaya jgn ketuk ya...TQ for info!!!

Link Within

Related Posts with Thumbnails