TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 14 Januari 2010

Buang ayah tepi jalan

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.


BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.

Gambar Utusan...Berita Juga Dari Utusan

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.


Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.


Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.


“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.


Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.


Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.


Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.


“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.


“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.


Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.


Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.


“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.


“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.


Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.


Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

----------------------------------------------------------------------------------------------
*Manusia akhir zaman....anak2 kita nanti tak tau la gena.....apa pandangan anda tentang cerita diatas....sanggupkah anda berbuat begitu pada orang tua anda...apa pendapat anda*

11 ulasan:

Watierman berkata...

Salam Adik Alimaz berdua....berderai air mata ni....moga ALLAH pelihara kita semua dari musibah seperti yg di alami Pak Rahman ni!Moga apa yang kita bekalkan untuk anak2 mampu mengimbangi kasih sayang mereka terhadap kita dan anak menantu kita nanti....MOGA Anak2 kita terpelihara dari melakukan kemungkaran seumpamanya...AMIN!!!

~~**ieta azri**~~ berkata...

salam alimaz......
alahai geramnya kt sianak derhaka tu[nahuzubillah]sanggup dia wat cam tu kt bapa dia no....x de belas kasihan langsung la... ...eeeee geramnya...dia kena ingat...dunia la ni bayaq cash no.....tunggu je balasanyakan....astarfirullahalazim.......

~~**ieta azri**~~ berkata...

salam alimaz..........
alamak cedehnyaaaa....ada lg manusia cam tu no....eee geramnya.....dia kena ingat dunia la ni bayaq cash no...semoga pakcik rahman akan chat dan gembira di rumah[jkm] tu...

yatie pian berkata...

salam Alimaz & keluarga....
bukan berderai lagi air mata yang jatuh dipipi.. tapi.. ntah ler..tak tau nak cakap... moga Allah memelihara kite semua dari perbuatan terkutuk itu...

bagi teman... benarlah kata oghang tua dulu2..ibu &ayah boleh jaga anak walaupun 10 orang..tapi belum tentu 10 orang anak boleh jaga ibu &ayah..

pada anak yang tak kenang budi.. fikirlah baik-baik..
ibu & ayah membesarkan kiter dengan kasih sayang,bersengkang mata mencari duit & sesuap nasi untuk membesarkan kiter..memberi kiter pelajaran agar cerah masa depan...
ingat ler... derhaka lah ko kat ibu dan bapa..kalau ko buat camni kat bapak ko sendiri.. tak mustahil,bini atau anak ko sendiri akan tendang ko lebih teruk lagi...

pada teman,itu bukan anak..tapi kuntilanak @ anak setan.....

yatie pian berkata...

salam Alimaz..bukan berderai lagi airmata nie melihat perlakuan anak yang tak kenang budi tu.. sanggup seorang anak buat cam tu kat bapak dia..

benar ler kata orang tua-tua.. mak & ayah boleh bersengkang mata,mencari duit untuk sesuap nasi membesarkan anak-anak,memberi pelajaran agar cerah masa depan..
walaupun anak 10 orang..

tapi anak yang sepuluh orang tu belum tentu dapat menjaga mak & ayah..macam cerita nie tadi..

pada anak yang derhaka pada ibu & bapanyer.. ingatlah.. apa yang kau lakukan kat bapak kau sekarang nie... tak mustahil akan berlaku kat diri kau nanti.. ini bukan menyumpah... tapi... tanpa restu dari mak bapak ,anak takkan berjaya dalam gembira..

Azmiezas berkata...

Ye lah, semalam pun kita ada baca cite ni..tu lah dia, anak2 akhir zaman, lebih sayang n dengar cakap bini sampai buang ayahnya tepi jalan..sampai hati anak pak cik ni kan??...

mesti hancuq hati org tua tu..

Precious berkata...

Dah gila agaknya anak tu. Amik jalan mudah aje. Isterinya tu pun satu. Kalau ditunjukkan Allah balasannya di dunia ni, malang ler baginya.
Minta dijauhi Allah drp terjadi ke atas kita ya! Amin!

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

ape punye anak la ni..
hish...terok betol

indahhouse berkata...

salam alimaz,
tak tau nak cakap apa. sedey. anaknya tak patut buat ayahnya macam tu. ayahnya pun tak patut hebohkan kat suratkhabar. ntahla.

Ikut pengamatan kak, jika seorang anak lelaki buat macam tu, biasanya ada tekanan dr seorang perempuan. seorg anak takkn sanggup buat mcm tu, kecuali mmg sifatnya buruk. Kerana itu, wahai isteri semua, jadilah penasihat terbaik kepada suamimu....Amin...

myQza berkata...

aduhai!

semalam aku menangis baca pasal ni. hari ni pun!

anak x sedar dek untung!

Unknown berkata...

siannye lahai..
bile time nak kan harta, ramai plak ngaku ade bapak..cinabeng punye manusia!!!

Link Within

Related Posts with Thumbnails