TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 16 November 2009

Animasi Saladin



animasi Saladin bakal ditayangkan bulan Ramadhan akan datang...macam Upin dan Ipin Projek usahasama MDec yang dibangunkan di Qatar ini memulakan produksi mereka pada tahun 2004 dan menerima pelbagai maklumbalas positif, dan menariknya, mereka kini dalam peringkat akhir pembangunan animasi musim pertama mereka iaitu sepanjang 13 episod.

Siapa Saladin... ...

Saladin ialah sebuah projek animasi yang diilhamkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub, wira Islam yang menyatukan para Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Siri ini diterbit oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Malaysia. Adaptasi kisah Saladin yang asalnya dirancangkan sebagai filem cetera ini, sebaliknya dijadikan siri animasi TV sepanjang 13 episod.

Penerbitan bermula pada bulan Mei 2004 dan sebuah treler enam minit pernah dipratayangkan ketika sambutan ulang tahun ke-10 Koridor Raya Multimedia pada bulan April 2005. Dua episod terawal disiarkan di Astro Ria sebagai previu pada September 2007.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wow, raya haji tahun ni pun, xmai lg..citer ni dh terbongkar kuar..dasat

Solehah berkata...

tq..saya bru tau pasal ni..

mama affan berkata...

kak..ajak bebudak tgk..sama2 dpt pengetahuan kan..

Neeza.Areef berkata...

lama lg nk tayang nih

CuTeMiUt78 berkata...

eemmmm oh ya ke.. baru tau ni

Link Within

Related Posts with Thumbnails