TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Ahad, 25 Oktober 2009

Si Kembar....




SEPASANG kembar siam wanita yang digelar 'Adik Beradik Labah-Labah' menyara kehidupan keluarga mereka dengan mengadakan persembahan di sebuah sarkas di India, lapor sebuah akhbar semalam.

Kembar berumur 39 tahun bernama Jamuna dan Gangga itu dianggap kembar ganjil di dunia kerana memiliki dua kepala, tiga kaki dan empat tangan.

Selama lima jam pada setiap malam, orang ramai mengerumuni sebuah sarkas untuk menyaksikan aksi mereka 'merayap' seperti seekor serangga untuk memperoleh pendapatan £26 (RM143.50) sebulan.

Bayaran yang diterima itu mencukupi bagi menyara keluarga mereka seramai 22 orang untuk tempoh dua minggu.

Kembar siam itu enggan dipisahkan kerana bimbang apabila diberitahu beberapa doktor bahawa pembedahan boleh mengancam nyawa mereka tetapi seorang pakar bedah, Dr. James Stein menyatakan, ia boleh dilakukan di Amerika Syarikat.

"Tuhan telah mencipta kami seperti ini dan kami akan meneruskan hidup kami seperti mana yang ditakdirkan," kata Ganga.
-----------------------------------------------------------------------------------------
*Kalau tengok depa nie..teringat pada kartun CatDog
setiap ciptaa-Nya pasti ada Hikmah...disebaliknya....*

6 ulasan:

myQza berkata...

aku teringat kembar siam dari iran ke.. yg dah berumur 20 tahun lebih tu. bercantum di kepala.

mahu sangat di pisahkan sebb mahu capai cita2 masing2..
tapi kedua2nya meninggal dunia..
aku masa tu sedih sangat.. :(

sbb mmg ikut pasal mereka

bspotgurl berkata...

ermm, kadang nak buat operation tu pun bukannya boleh dapat 100% berjaya.. maybe dorangtaknak ambik RISIKO

mamaarifakeemaisy berkata...

hemm setiap kejadian ada hikmahnya kan, dgn kejadian tu, boleh diorang cari rezki..huhu..macam2 ada...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

kalau diorang dah biase hidup bersama selama 39 tahun rasenya tak dipisahkan pun tak pe...takot buat je operation GAGAL...sedihnya...

c-idah berkata...

mesti ada hikmah disebaliknya...

nyeri gak kak tengok...

nz berkata...

aaahhh btol la cam catdogggg!!

Link Within

Related Posts with Thumbnails