TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 2 September 2009

RESEARCH OCTANE NUMBER(RON)????


Dalam N3 sebelum ini dinyatakan apa perbezaan antara Ron 95 dan Ron 97..penerima pembaca sangat la baik..tapi ada satu komen yang menyatakan kami membuat ulasan "dengki'pada pemilik kenderaan mewah....ingin dinyatakan disini ulasan N3 tersebut bukan berdasarkan dengki ...tapi dari segi teknikal/teknologi sesuatu kenderaan dicipta....jadi mari kita paham apa itu RON???

Apakah yang dimaksudkan dengan RON sebenarnya?
RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.Macam biasa Cek kat penutup minyak kereta anda atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang diperlukan.

Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam Web motor trader..

1 ulasan:

khairul onggon berkata...

Wah.. baik punye info... Makasih.. Selamat berpuasa...

Link Within

Related Posts with Thumbnails