
Salah satu fungsi yang baru pada Opera 10 adalah fungsi Opera Turbo, yang mana membolehkan para pelayar web dengan sambungan internet yang rendah membuka sesuatu laman web dengan lebih pantas dan laju berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, Opera 10 juga memperkenalkan antaramuka yang diperkemaskan sedikit berbanding versi sebelumnya, selain memperkenalkan evolusi fungsi tab pada pelayar web.
Melalui evolousi fungsi tab, Opera 10 membolehkan anda melihat thumbnail semua laman web yang dibuka oleh anda menggunakan pelayar web Opera. Selain itu, Opera 10 juga dikatakan lebih 40% pantas berbanding dengan Opera 9.6. Prestasi ini dicapai tanpa sebarang penggunaan Opera Turbo.
Bagi para pengguna yang menggunakan fungsi kemaskini automatik pada Opera, pelayar web anda akan dikemaskini kepada versi 10 secara automatik. Walaubagaimanapun, anda masih boleh memuat-turun fail Opera 10 secara berasingan mengikut platform sistem operasi anda daripada laman Opera Software.
sumber:amanz
---------------------------------------------------------------------------------------
*salah satu pelayar web...terpulang kepada anda...jika inginkan kelainan boleh mencubanya....*
1 ulasan:
Dari segi performance & user friendlinessnya mana lebih baik (berbanding internet explorer dan mozilla)? Sekarang ni saya guna mozilla, laju sikit dari internet explorer.
Catat Ulasan