TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 7 September 2009

Nuzul Al-Quran...


Perlis Cuti hari ini...jadi n3 hari nie pun baru nak masuk...

Sebab Perlis cuti hari ini kerana Perlis menyambut hari Nuzul Al-Quran

Apa itu Nuzul Al-Quran... Nuzul bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah........
Turun kepada siapa??? Nabi kita MUHAMMAD SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan.....

Kenapa Al-Quran perlu...??

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan
pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran.... tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran.

Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Bagaimana Al-quran diturunkan..???


Melalui perantaraan malaikat Jibrail... ada lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq.

maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

ertinya:...

-Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran,
- Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhanmengajarkanmanusiamelalui perantaraan Pena dan Tulisan,
-panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.
-Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah,

dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

wallahualam......

1 ulasan:

nj berkata...

Selamat Menyambut Nuzul Quran...dan selamat bercuti.

Link Within

Related Posts with Thumbnails