Tempahan MPV Perodua dibuka mulai Oktober.
PERUSAHAAN Otomobil Nasional Kedua Sdn Bhd (Perodua), dijangkakan membuka tempahan bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya bulan depan.Pelancarannya dijadualkan pada November dan kami harap membuka tempahan untuk MPV itu pada Oktober ini," kata Pengarah Perodua Sales Sdn Bhd, Ahmad Suhaimi Mohd Anuar. beliau yakin MPV Perodua itu akan mendapat sambutan kerana ia bukan saja memenuhi keperluan pengangkutan keluarga, malah ditawarkan pada harga kompetitif.
MPV menggunakan enjin 1.5 liter DVVT itu dijangka dijual pada harga antara RM56,000 dan RM65,000 seunit, harga disifatkan penganalisis automotif sesuai dengan kemampuan pengguna.
Direka bentuk Perodua khusus untuk pasaran tempatan, MPV berkenaan menggunakan sehingga 90 peratus kandungan tempatan.
Depa kata MPV ini 'klon' (Toyota Passo Sette 7-seater MPV)....kalau betoi bentuk dia mungkin macam nie la....
-----------------------------------------------------------------------------------------
*Kepada yang nak pakai kereta tempatan saja la...tak mau jangan tengok....*
2 ulasan:
suke suke...aritu tgk prototype cam luas lg exora
en suami kata cam nak je mpv ni, cantik gk kan..tp taktau la jd dak..anak baru sorang..masih muat agi kete yg sedia ada ni..hehe.. :)
Catat Ulasan