TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Ahad, 27 September 2009

Info 1 Malysia....di IPhone

Aplikasi untuk pengguna Iphone...kalau tak dak tu ...lepas nie kita beli bila dah murah....alah... benda nie sekejap je harga dia turun...



Aplikasi khas untuk iPhone yang membawakan koleksi fakta-fakta berkaitan Malaysia, disamping menyediakan informasi berkaitan pengangkutan, pelancongan dan sebagainya.

Aplikasi 1Malaysia untuk iPhone ini membawakan 6 fungsi asas, iaitu:

`Informasi Pengangkutan Anda boleh mendapat tahu informasi berkaitan pengangkutan awam berhampiran anda, selain menyediakan peta navigasi untuk tempat destinasi anda.

`Pengurus Perjalanan Anda boleh memilih ke mana anda ingin pergi, dan aplikasi 1Malaysia akan memberikan anda panduan untuk sampai ke lokasi dengan menggunakan pengangkutan awam.

`Fakta Malaysia Aplikasi 1Malaysia ini juga menyediakan maklumat asas berkaitan geografi, populasi, etnik, ekonomi dan beberapa fakta asas berkaitan Malaysia

`Galeri Gambar Aplikasi 1Malaysia ini juga menyediakan beberapa pandangan panorama di sekitar Malaysia untuk rujukan para pengguna

`Tempat Pelancongan Sebuah senarai ringkas berkaitan dengan tempat-tempat pelancongan disekitar Malaysia juga disediakan pada aplikasi iPhone 1Malaysia ini.

`Direktori Aplikasi iPhone 1Malaysia ini juga menyediakan rujukan nombor telefon untuk beberapa jabatan di Malaysia, seperti untuk kecemasan, lapangan terbang, teksi, jabatan kerajaan dan sebagainya.

Aplikasi 1Malaysia ini boleh dimuat-turun secara percuma oleh para pengguna iPhone di serata dunia.

Sumber:Infindo Technology

1 ulasan:

Solehah berkata...

oo..syok jugak aplikasi ni..tp pengalaman pakai i phone pinjam tak terlekat la nak beli iphone..i-phone more to entertainment dan besar gak la sizenya..

Link Within

Related Posts with Thumbnails