TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 20 Ogos 2009

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan-Palsu

Terima kasih pada 'inas'seorang pengikut AliMAz yang menyatakan N3 tentang hadis semalam adalah palsu dan AliMaz telah membuat siasatan dan mendapati ada kecacatan dalam hadis tersebut, Berikut adalah pendedahan berkaitan hadis palsu.
Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan: "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa

adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan

pada hari Jumaat.


Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan di bawah:

RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

Hadis Berkaitan Doa Malaikat Jibrail Menjelang Ramadhan Ternyata Palsu
Maksud hadis:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadis Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)


Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana:

Dalil Pertama

Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka.

Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam).


Dalil Kedua

Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadith
tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta.
Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih
Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.
--------------------------------------------------------------------------------------
*Tidak salah bermaafan sesama manusia....perlukah tunggu sehingga hari raya baru nak di ucapkan???*

1 ulasan:

nz berkata...

mmg tak salah, malah bermaaf-maafan mmg anjuran agama kita, namun keyakinan itu haruslah lillahi ta'ala.. bkn kerana terkesan dgn mane2 hadith palsu.

kepercayaan dan keyakinan itu bersangkutan dlm memelihara iman kita.

wallahu'alam.

same-same belajar, same-same saling berpesan-pesan. :-)

Link Within

Related Posts with Thumbnails