TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 5 Ogos 2009

Perlis Kurang Gula...


KPDNKK jamin atasi dalam tempoh seminggu

PADANG BESAR 4 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis memberi jaminan bahawa kekurangan bekalan gula di negeri itu akan pulih dalam tempoh seminggu.

Pengarahnya, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, pihaknya sedang berusaha agar bekalan gula yang dilaporkan tiada di negeri ini diatasi termasuk berbincang dengan pihak kilang gula dan pemborong.

Kata beliau, pihaknya juga sedang mengenal pasti mekanisme lain yang boleh diambil dengan mengadakan perbincangan bersama agensi penguatkuasaan lain.

‘‘Sebenarnya kekurangan gula bukan isu yang besar kerana bahan itu bukan tiada langsung di negeri ini tetapi hanya kurang, bekalannya masih boleh diperoleh di pasar raya besar sekitar negeri ini.

‘‘Pihak KPDNKK sentiasa bersiap sedia mengatasi masalah ini yang kita maklum sering berlaku ketika menjelang musim perayaan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pemeriksaan gula di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar di sini.

Semalam akhbar melaporkan beberapa negeri di utara termasuk Lembah Klang mengalami kekurangan gula sehingga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengharamkan orang ramai membawa keluar gula melalui laluan darat.

Menurut Aruwan, penggunaan gula di Perlis untuk sehari adalah 50 sehingga 60 metrik tan.

Ditanya mengenai dakwaan bekalan gula di kawasan sempadan termasuk di Padang Besar dan Kuala Perlis yang melebihi had penggunaan beliau berkata, tidak mendapat maklumat mengenai perkara tersebut.

“Kita akan menyiasat dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sekiranya didapati bekalan gula di kawasan tersebut berlebihan dan digunakan untuk aktiviti lain.

“Tetapi kita memberi jaminan masalah kekurangan gula ini akan selesai dalam tempoh seminggu dan meminta pengguna tidak panik,” ujarnya.

---------------------------------------------------------------------------------------
*Betul tu..nak dekat bulan posa nie...kot..kot lepas nie harga cucuaq(cucur)boleh naik lagi..kannnn.....pandai depa(mereka).....

2 ulasan:

ZOOL@TOD berkata...

Orang yang berpenyakit diabetes di Perlis pasti tersenyum.......

UmmiKhayra berkata...

Bila barang susah nak dapat or orang cakap kurang di pasaran, mulala semua naikkan harga... Kononnya susah nak cari n kalau ada pun mahal... Huhuhu Time ni la amik kesempatan.. :(

Link Within

Related Posts with Thumbnails