Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Selasa, 4 Ogos 2009
Perlis kurang gula
SABRY (kanan) bertanya sesuatu kepada Pengurus Pasar Raya Sri Sena, Abdul Aziz Safar mengenai kehabisan stok gula di Kangar semalam.
KANGAR - Perlis yang merupakan antara negeri pengeluar utama gula kini mengalami kekurangan gula sehingga menimbulkan keresahan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Sabry Ahmad mengesahkan kekurangan bekalan itu yang dikesan lebih seminggu lalu.
Perlis memiliki lebih 8,000 hektar ladang tebu di Chuping.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan berbincang dengan Kilang Gula Felda Chuping - satu-satunya pengilang gula di Perlis untuk mencari jalan penyelesaian.
Pengerusi Persatuan Pengguna Perlis, Seruandi Saad pula meminta kerajaan negeri segera bertindak bagi mengatasi masalah kekurangan gula yang mula menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai terutamanya bagi menghadapi bulan puasa tidak lama lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Uikss ... musykil sungguh. Mana pi gula2 kat Perlih ye ??. *kompius*
Catat Ulasan