Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Rabu, 12 Ogos 2009
Nota untuk suami
Jaga hati isteri anda...
Berikut adalah antara pedoman untuk suami ketika melayan dan
menghadapi kerenah isteri sebagai satu cara mewujudkan keharmonian
rumah tangga:
Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati.
Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu
pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif
dan sesetengahnya mahu dipujuk.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan
sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya
isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.
Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi
perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.
Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika
serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai
dirinya.
Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-
luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan
telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang
diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan
sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau
relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.
Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan
jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi
kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.
Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya
beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti
memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan
isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.
Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan
bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya
perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.
Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda
cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka
walaupun secara bergurau.
Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah
tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju,
letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang,
simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam
rumah dan bilik air.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda
dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama
bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil
kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai.
Ketepikan ego yang keterlaluan.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah
tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami
buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.
jagalah hati isteri..
sayangi dan lindunginya
kerana isteri adalah amanah
yg menjadi tanggungjawab suami
tapi adakah suami sedar akan semua tu...??
--------------------------------------------------------------------------------------
*Apa yang penting kerjasama*
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
info yg sangat menarik utk dikongsi bersama
Catat Ulasan