TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 5 Ogos 2009

Mutiara Kata


"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"
-----------------------------------------------------------------------------------------
*Slow sikit hari nie kelmarin 'panas'........

1 ulasan:

eida berkata...

best la semua mutiara kata yang ada. yang lemah jadi kuat, yang sedih jadi terhibur, yang gundah jadi tenang, yang jatuh terus bangun. pasal surat utk isteri tu mmg la menyengat n mmbara ja sbb hampir2 t,jd pada diriku.

Link Within

Related Posts with Thumbnails