TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Ahad, 2 Ogos 2009

Iklanan Twitter Dari NuffNang

Anda ada Twitter...ini untuk peminatnya....

Pada masa kini, fenomena pengiklanan melalui Twitter sedang kian meningkat naik. Syarikat seperti Be-A-Magpie, RevTweet dan banyak lagi sudah dikenali hampir semua pengguna Twitter. Terkini, media pengiklanan di Twitter, ChurpChurp dilancarkan. Menariknya, ia adalah salah satu anak syarikat Nuffnang.

Antaramuka Laman ChurpChurp

Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi pada halaman web mereka, ChurpChurp berkongsi pelayan (server) bersama-sama dengan Nuffnang, selain didaftarkan diatas nama syarikat Nuffnang. Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa Nuffnang menghadapi masalah untuk diakses pada malam semalam oleh segelintir pengguna.

Sama seperti media pengiklanan yang lain, ChurpChurp menemukan para penulis Twitter dengan pengiklan. Para penulis Twitter boleh menjana wang sampingan dengan menyertai ChurpChurp, dan para pengiklan pula boleh menghantar mesej kepada para pengguna

Twitter dengan mudah dan mengikut faktor geografi. Mungkin syarikat pengiklanan Twitter yang lain tidak menyediakan faktor geografi kepada para pengiklan, dan disinilah ChurpChurp membawakan perbezaan.

Buat masa ini, ianya masih lagi diperingkat Beta, dan mungkin terdapat serba-sedikit masalah yang masih belum dikenal pasti. Ianya juga masih kurang pasti khidmat peringkas URL apakah yang bakal digunakan oleh mereka kelak untuk menyertakan URL dalam iklan Tweet mereka.

1 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

senang2 kalau dah ok, boleh tolong ajar...

Link Within

Related Posts with Thumbnails