Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Jumaat, 7 Ogos 2009
23 tan gula disorok dalam gudang di Perlis
Gambaq gudang nie kat Selangor bukan Perlis noo...
KANGAR 6 Ogos — Sebanyak 23.8 tan metrik gula bersubsidi yang disorok dalam sebuah gudang di Jejawi dekat sini disita oleh sepasukan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam.
Timbalan Pengarah KPDNKK cawangan Perlis, Abdul Halim Pakri berkata, gula bernilai RM32,000 itu disita pada 5 petang semalam selepas pasukan itu melakukan serbuan ke premis yang terletak dalam kawasan perindustrian ringan Jejawi itu.
Jumlah gula yang disorokkan itu dikatan hampir menyamai separuh daripada keperluan gula penduduk Perlis sehari berdasarkan keperluan sebenar bahan itu antara 50 tan dan 60 tan metrik.
Abdul Halim tidak menolak kemungkinan pengumpulan stok gula yang begitu banyak di gudang itu mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan ke negara jiran.
“Kita percaya gudang terbabit menerima stok berkenaan sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun hanya sebilangan kecil daripadanya diagihkan manakala selebihnya disimpan,” katanya.
Rampasan itu adalah yang terbesar dilakukan oleh KPDNKK Perlis sejak krisis kekurangan bekalan gula di pasaran melanda Perlis dan beberapa negeri lain di negara ini sejak lebih seminggu lalu.
Semalam Pengarah KPDNKK Perlis, Mohd A. Aruwan Abdul Aziz, berkata kegiatan menyimpan gula secara berlebihan oleh peniaga menjadi antara punca kekurangan bekalan itu di pasaran di samping faktor penyeludupan.
-----------------------------------------------------------------------------------------
*Patut la gula tak dak...rupanya 'kawaq'(penyeludup/pencuri) dok simpan.....nak bagi naik harga la tu......padan muka..baru berakai....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
taktik lama lah tu... musin raya je nak sorok gula... padan muka kena rampas kan...
Catat Ulasan