TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 6 Julai 2009

TAWARAN JURULATIH SAMBILAN KOKURIKULUM BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (Semester Julai 2009)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menjadi Jurulatih Sambilan Kokurikulum di Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Teknologi MARA dalam bidang-bidang berikut...

1. Keusahawanan
2. Pengurusan Minda Insan
3. Public Speaking
4. Pengurusan Institusi Masjid
5. Pengurusan Institusi Keluarga
6. Pengucapan Awam
7. Debat Bahasa Malaysia
8. Debat Bahasa Inggeris

9. Debat Bahasa Mandarin
10. Debat Bahasa Arab
11. Intellectual Discourse
12. Pemikiran Pemimpin Negara
13. Apresiasi Sastera
14. Drama/Teater
15. Pengurusan Acara Sukan
16. Wellness
17. Bantuan Kecederaan Sukan
18. Bulan Sabit Merah
19. Gamelan
20. Muzik Komersial
21. Seni Tari Tradisi & Kreatif

22. Seni Silat Cekak Malaysia
23. Seni Silat Gayong Malaysia
24. Taekwando
25. Karatedo
26. Bowling Padang
27. Silat Olahraga
28. Tenpin Boling
29. Bola Sepak
30. Softbal
31. Bola Keranjang
32. Badminton
33. Tenis Meja
34. Catur
35. Skuasy
36. Sepak Takraw
37. Renang
38. Memanah
39. Tenis
40. Hoki
41. Ragbi
42. Olahraga
43. Kriket
44. Rekreasi
45. Golf
46. Bola baling
47. Bola Tampar
48. Bola Jaring
49. Kesatria Negara
50. Brass Band
51. Kesatria Kembara


KELAYAKAN ASAS:

• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris;
• Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris;
• Sihat tubuh badan; dan
• Tidak pernah dikenakan tindakan mahkamah


KELAYAKAN PROFESIONAL:

Bagi kursus-kursus 1 hingga 16
Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.
Sebagai tambahan untuk kursus 3 dan 4 : Lulus dengan kepujian Pengetahuan Agama Islam di peringkat SPM.

Bagi kursus-kursus 17 hingga 24

1. Sijil Jurulatih dari persatuan berdaftar yang berkaitan sama ada di peringkat kebangsaan atau pun di peringkat negeri; dan

2. Berpengalaman mengajar atau bidang merupakan kerjaya sepenuh masa


Bagi kursus-kursus 25 hingga 47

1. Sijil Jurulatih peringkat negeri atau kebangsaan (Level 1,2, atau 3) yang dikeluarkan oleh Persatuan Sukan Negeri atau Kebangsaan atau kelab-kelab sukan yang bergabung dengan persatuan sukan negeri atau kebangsaan; ATAU

2. Bekas pemain negara, negeri, Majlis Sukan Malaysia Universiti Malaysia (MASUM), UiTM dan berpengalaman bertanding di peringkat kebangsaan dan negeri.


Bagi kursus-kursus 48 hingga 50
Bekas tentera sekurang-kurangnya berpangkat koperal dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun atau bekas komander kesatria yang menyandang pangkat sekurang-kurangnya komander muda.

i. Bagi kursus Kesatria Negara, keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai sijil Jurulatih Kawad atau sijil UDI bagi bekas tentera.
ii. Bagi kursus Brass Band, keutamaan diberi kepada mereka yang pernah menjadi ahli brass band dan yang setaraf dengannya serta mempunyai sijil jurulatih band/pancaragam.
iii. Bagi kursus Kesatria Kembara, keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai sijil rekreasi luar dari Jabatan Belia dan setaraf dengannya.


Kadar Elaun : RM 50.00 sejam
Jumlah pertemuan : 2 jam seminggu (14 minggu satu semester)
Hari pertemuan : Jumaat
Tempoh lantikan : Setahun dan boleh diperbaharui pada setiap semester. Pihak Hal Ehwal Pelajar & Alumni boleh menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa jika didapati jurulatih tidak menunjukkan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.


Cara Memohon

Pemohon perlulah mengisi borang Permohonan Jawatan Jurulatih Sambilan “PKKP/KK/08.01” yang boleh didapati di Pusat Kokurikulum dan Kepimpinan Pelajar, UiTM Perlis.

(Borang permohonan boleh di dapati di Pejabat Am Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Borang yang telah sempurna diisi hendaklah dikembalikan terus ke Unit Kokurikulum sebelum 8 Julai 2009.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Encik Ismail B. Shaari Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails