TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 22 Julai 2009

Perlis negeri pertama bebas rokok


KUMPULAN Boria Dr. Muda dari Sekolah Kebangsaan Bintong, Kangar melaungkan slogan
'Tak Nak Merokok' selepas Majlis Hari Tanpa Tembakau di Dewan Warisan, Kangar semalam.


KANGAR - Perlis menjadi negeri pertama di Malaysia bebas rokok selepas mewarta dan melaksanakan undang-undang larangan merokok di seluruh kawasan awam di negeri ini tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu (gambar) berkata, langkah tersebut diambil bagi membantu orang ramai membuang tabiat buruk merokok dan meningkatkan taraf kesihatan penduduk di negeri ini.

Selain itu, katanya, ia bertujuan mengawal gejala merokok yang makin berleluasa di kalangan golongan muda terutama remaja.

"Adalah menjadi hasrat peribadi saya mahu melihat Perlis menjadi negeri pertama bebas rokok di negara ini.

"Jika kita dapat melaksanakan larangan ini, sudah pasti ia membantu mereka yang tidak merokok daripada terkena tempiasnya," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Tanpa Tembakau di Dewan Warisan, Kangar semalam.
----------------------------------------------------------------------------------------
*Boleh keee.....

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails