TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Sabtu, 25 Julai 2009

Panduan Hadapi Temuduga


Berkenaan dengan ekspo kerjaya dekat UiTM hari ni......seai temuduga merupakan proses terpenting untuk memohon kerja kerana masa ni la majikan akan menilai potensi dan kebolehan setiap calon yang memohon pekerjaan.... Haaaa time ni la setiap calon nak promosikan diri supaya jawatan yang ditawarkan menjadi miliknya.

TIP-TIP UNTUK CALON

1. Elakkan resume yang terlalu panjang...(boh yang penting ja).

2. Calon perlu menepati masa, etika berpakaian (sopan), penampilan dan kekemasan ketika temuduga.

3. berhati-hati mengeluarkan perkataan dan menjawab soalan yang diutarakan.

4. Berfikir sebaik mungkin sebelum membalas percakapan penemuduga.

5. Ketika berhadapan dengan sikap penemuduga yang kasar, tarik nafas dan bersikap tenang serta berfikiran secara positif.

6. Fikirkan bahawa sikap penemuduga tidak mewakili keseluruhan syarikat terbabit.

7. Calon perlu berfikiran terbuka dan tidak memberi perhatian pada sikap negatif penemuduga, sebaliknya menjawab soalan dengan baik dan tonjolkan kebolehan diri.

8. Kekalkan sikap sopan santun sesi temuduga biarpun diasak dengan komen yang kasar.

9. Buatlah persdediaan untuk berhadapan dengan pelbagai jenis sikap penemuduga terutama yang cerewet.

10. Latih diri untuk membina keyakinan diri dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang situasi negatif.

Sumber NUR
---------------------------------------------------------------------------------------------------
* Sebelum nak pi temuduga tu buat la latihan sikit.... Jom la pakat-pakat pi temuduga terbuka dekat UiTM Arau....

Link Within

Related Posts with Thumbnails