TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 15 Julai 2009

Lihat wanita tergantung


ARAU - Keseronokan 32 pelajar yang menyertai perkhemahan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bertukar ngeri ekoran terlihat kelibat seorang wanita tergantung sehingga menyebabkan lima daripada mereka diserang histeria.

Itulah dakwaan lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin yang diserang histeria ketika menyertai latihan tersebut di Bukit Ayer dekat Padang Besar Sabtu lalu.

Akibatnya, pihak sekolah terpaksa membawa pulang kesemua pelajar itu namun kelibat wanita itu didakwa terus mengikut pelajar terbabit ke sekolah menyebabkan 11 pelajar lain diserang histeria mulai petang kelmarin.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, sehingga semalam sembilan pelajar lagi diserang histeria pada pukul 10 pagi.

"Pelajar yang diserang itu meracau sambil menjerit mendakwa melihat kelibat gadis itu.

"Setelah gagal mententeramkan mereka, kami terpaksa memanggil pengamal perubatan tradisional dan keadaan mereka terkawal sejam kemudian," katanya semalam.

Jelasnya, tujuan pelajar berkenaan mengikuti perkhemahan di Bukit Ayer itu sebagai persiapan menyertai pertandingan perbarisan anggota kadet JPAM sekolah itu di Melaka bulan depan.

Kosmo
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Sekolah mama dulu tu....1995-1997

3 ulasan:

Khairul Onggon berkata...

aaaaa... tak habis2 makhluk tu kacau manusia.. sbb depa nak bgtau manusia yg depa pun wujud dan hidup sama2 sekeliling manusia :)

shida berkata...

smlm ade mak cik cleaner bg tau..
ada benda tu masuk dlm bdn budak pompuan tu.. ckp dia tumpangmasuk nak cari 3 org pemuda yang rogol dan bunuh dia....
mcm2 kan..

indahhouse berkata...

salam alimaz,
hu, seramm.....

Link Within

Related Posts with Thumbnails