TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 10 Julai 2009

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)


Contoh Logo (KIK)

UiTM kampus perlis tahun ini akan mengadakan Mini Konvensyen (KIK)2009 melibatkan semua jabatan didalam Kampus.

Apa itu KIK:

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui.

Konsep KIK ini telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Objektif

Objektif utama Konvensyen ini adalah seperti berikut:

a) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf-staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK membuat persembahan;

b) Membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam, khususnya dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam;

c) Meyakinkan bahawa KIK dapat membantu Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Awam menyelesaikan masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan; dan

d) Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program KIK.

Kategori Pertandingan Projek

Terdapat dua kategori projek yang akan dipertandingkan, iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal.
Kategori Pengurusan

Kategori Pengurusan ialah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau sistem prosedur kerja. Contohnya projek pengurusan ialah penggabungan borang permohonan, lesen komposit, pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan masa, meningkatkan kepuasan hati pelanggan serta faedah-faedah lain.
Kategori Teknikal

Kategori teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts) dan sains gunaan (applied science). Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang yang tersebut ini. Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama. Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baru, pembangunan sistem komputer atau perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan perwujudan kaedah teknikal baru.

Syarat-syarat Pertandingan

Secara umumnya, berikut adalah syarat-syarat pertandingan yang digunapakai untuk Konvensyen Mini (KIK) peringkat Kampus Perlis ini:-

Penyertaan adalah dibuka kepada Kumpulan KIK dari semua Jabatan.

Projek kumpulan hendaklah merupakan projek yang telah selesai dijalankan di
peringkat Jabatan masing-masing.

Projek KIK hendaklah belum pernah dipersembahkan oleh kumpulan dari mana-mana Konvensyen Peringkat IPTA pada tahun-tahun sebelumnya.

Penyertaan dibenarkan untuk mencalonkan dua (2) Kumpulan KIK (masing-masing dari Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal) yang dipilih melalui Jabatan .

Semua kumpulan perlu menyediakan sebanyak lima (5) salinan teks dan satu salinan ringkasan projek (tidak melebihi 20 muka surat atau 80 slaid Power Point) kepada Urusetia ).

Penggunaan komputer adalah digalakkan.

Masa persembahan projek kumpulan adalah dihadkan kepada 30 minit iaitu 5 minit untuk persediaan, 20 minit untuk persembahan dan 5 minit bagi sesi soal-jawab.

Setiap kumpulan diwakili maksimum sepuluh (10) ahli sahaja.
Pihak penganjur berhak menolak penyertaan dari mana-mana Kumpulan KIK yang tidak layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan untuk menyertai Mini Konvensyen oleh pihak penganjur adalah muktamad.

Keputusan Jemaah Panel Penilai Konvensyen terhadap persembahan kumpulan adalah muktamad.
------------------------------------------------------------------------------------------
*Dah lama tak naik pentas...bagi geng baru pulak la...hohoho

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails