TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 13 Julai 2009

Kelebihan Wanita


Abdullah bin Masud meriwayatkanbahawa nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

" Apabila seorang wanita memcuci pakaian suaminya, maka Allah SWT memcatat baginya seribu kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan allah SWT mengangkat seribu darjat untuknya."

Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:-

1. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seorang wali Allah SWT.

2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah SWT akan rezekinya.

3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzzikir akan mendapat pahala seperti membersihkan Baitullah.

4. Wanita yang solehah lebih baik daripada 70 lelaki yang soleh.

5. Allah SWT memberkati rezeki apabila wanita memasak dengan berzikit.

6. Seseorang wanita yang menutup auratnya ditingkatkan oleh Allah SWT nur diwajahnya 13 kali daripada wajah asalnya.

7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah SWT yang Maha Indah di akhirat nanti, tetapi bagi Allah SWT sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang menjaga auratnya dengan istiqamah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Untuk sahabat2 mama dan isteri2 yang solehah semua.....

1 ulasan:

Ahliahnizam berkata...

Insya-Allah ... semoga kita menjadi sebaik-baik perhiasan di dunia. :)

Link Within

Related Posts with Thumbnails