TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 1 Julai 2009

Info Biro TataNegara


LATAR BELAKANG
Biro Tatanegara (BTN) merupakan sebuah agensi kerajaan yang pada asalnya mulai tahun 1974 ditubuhkan di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pejabatnya pada ketika itu ialah di Wisma Keramat, Kuala Lumpur.

Pada Oktober 1981, Unit Penyelidikan Belia telah diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ibu Pejabat Unit Penyelidikan Belia ketika itu ialah di Jalan Kelantan, Kuala Lumpur. Pada Jun 1982, namanya telah ditukar kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri dan tiga buah pejabat cawangan telah wujudkan di zon utara, selatan dan timur. Seterusnya, pada tahun 1983, BTN berpindah ke bangunan JKR 742, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1986, BTN cawangan negeri telah diwujudkan dan sehingga kini BTN mempunyai 14 cawangan negeri.

Pada 6 September 1999, Ibu Pejabat BTN berpindah di alamat berikut:

Aras 1,Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya.

Selain daripada mempunyai Ibu Pejabat dan BTN Cawangan Negeri, BTN juga mempunyai beberapa buah kem yang digunakan sebagai tempat melaksanakan aktiviti Program Bina Negara. Kem Bina Negara yang pertama dibina ialah pada tahun 1987 iaitu Kem Bina Negara Langkawi dan diikuti dengan beberapa buah kem lain. Sehingga kini BTN mempunyai 16 buah Kem Bina Negara dan sebuah pusat latihan di seluruh negara.

WAWASAN
Menjadi sebuah organisasi awam yang unggul dalam memupuk semangat patriotisme serta menjadikan rakyat setia kepada Kerajaan.

FUNGSI
Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.

Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan Sikap yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara Perdana 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.


Matlamat Program Bina Negara adalah seperti berikut : 1. Mempertingkatkan komitmen rakyat kepada wawasan negara dan usaha-usaha ke arah kecemerlangan negara.

2. Mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar-dasar negara ke arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.

3. Membina kemampuan rakyat menghadapi cabaran dan memperkasa keupayaan meningkatkan daya saing dalam segenap bidang kehidupan.

4. Membina keupayaan rakyat Malaysia menangani kelemahan, meningkatkan keyakinan menerokai pembaharuan dan sekali gus mampu mengenal pasti dan menggembleng kekuatan ke arah kemajuan.

5. Membina komitmen rakyat Malaysia terhadap tugas dan tanggungjawab ke arah mencapai kecemerlangan dan kesempurnaan pelaksanaan amanah dan tanggungjawab.

6. Membina semangat patriotisme dan ketaatan yang tinggi terhadap negara dan perjuangan bangsa.


Pembinaan bangsa yang maju melalui Program Bina Negara melibatkan :-1. Perubahan sikap, pembangunan sahsiah dan penghayatan budaya hidup yang cemerlang berteraskan sistem nilai.

2. Kesedaran dan keinsafan rakyat tentang betapa perlunya perubahan sikap melalui penghayatan dan penyemaian nilai-nilai murni dan melalui pendedahan dan pemusatan diri menuju ke arah perubahan sahsiah sebagai asas mencapai kecemerlangan bangsa.

3. Penghayatan nilai berlandaskan kesedaran terhadap Tuhan, kehidupan bersama dan kesedaran terhadap kewajipan yang meresapi ke tahap kendiri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.


OBJEKTIF
1. Mengendalikan pelbagai kursus dan seminar pemupukan patriotisme kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat.

2. Mewujudkan media penyampaian pendidikan kenegaraan kepada semua rakyat Malaysia melalui media elektronik dan cetak.

3. Mewujudkan kumpulan kader dan sukarelawan BTN di seluruh negara melalui program latihan lanjutan ‘task force’ dan khidmat masyarakat (community service).

4. Meningkatkan kualiti PBN melalui kegiatan penyelidikan.


MISI
BTN berdedikasi melaksanakan program-program memupuk semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih. Ini akan dilaksanakan secara profesional dan berpandukan kepada prinsip - prinsip etika.

VISI
Pembina semangat patriotisme negara yang terkemuka dan utama.

DASAR KUALITI
Untuk memupuk semangat patriotisme dengan cara yang cekap melalui pelaksanaan Program Bina Negara ke arah mewujudkan satu negara dan bangsa yang gemilang, kuat dan bermaruah.

SLOGAN KUALITI
“Bersama Mencipta Kegemilangan”

ALAMAT
BIRO TATANEGARA
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3 Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502, Putrajaya
Tel : 603 88886320 Fax : 603 88883458


Untuk maklumat lanjut layari Laman Sesawang Biro Tatanegara :http://www.btn.gov.my/
---------------------------------------------------------------------------------------------
*kot-kot orang tanya apa BTN boleh habaq kan.....kawan-kawan kata masuk sini keluaq semua jadi BIRU.....kehh...kehh

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails