TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Selasa, 21 Julai 2009

Child Kidnap Trick in Carrefour, JB


Awasi anak anda di Pasaraya

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan
maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak
tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan
menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa
dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.
Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini
semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu
sedang membongkok untuk membelek-belek daging,
dan apabila berpusing mendapati anak
perempuannya berusia 4 tahun telah hilang.. Saya
berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu,
sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak
perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour
untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem
pembesar suara. Beliau terus melakukannya
apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian
terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan
telefon.. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya
semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata
kod atau seumpamanya. . Jadi mereka telah
mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya
selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak
perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik
air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak
perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya
berpakaian dalam.. Ada sebuah beg mengandungi
baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di
lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya ? Iaitu mengambil
lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik
air, cukur rambut dan tukar pakaiannya. Melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin
saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong
perhatikan anak-anak anda apabila berada di
tempat luas di mana adalah senang untuk kita
terpisah dengan mereka seperti di gedung
beli-belah. Hanya beberapa minit diperluka n
untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak
perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang
sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya
beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh
berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak
perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat
Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

Mail From my love brother

2 ulasan:

Aliza berkata...

wp syok shopping, mata ni tak pernah jauh dr my doter..hal yg cam gini la yg plg ditakuti..na'uzubillah..

Unknown berkata...

alimaz..saya juga perng terdengar cerite begini..tapi sbb awak yang alami bikin perut saya kecut semula..mmg rmi yang berhati binatang kat luar sana..syaitan bertopeng manusia..thanks sbb berkongsi

Link Within

Related Posts with Thumbnails