TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 29 Julai 2009

Bersyukurlah Kalian....






Hari ini tidak semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. . Banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. . Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. Sesekali melangkah gagah, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menuntut kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, jangan kita gusar pada anugerah Allah. . Anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun.


Bersyukurlah kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang menabahkan hati kita, bersyukurlah kepada orang yang menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita, bersyukurlah kepada orang yang tidak mengendahkan kita kerana dialah orang yang memupuk kita agar berdikari, bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kita kerana dialah orang yang menguji kesabaran kita.

Mail From Frends UiTM P.Pinang
--------------------------------------------------------------------------------------------------
*Ucapkanlah ALHAMDULILLAH....

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails