TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 30 Julai 2009

Berhati-Hati Memilih Sahabat


Persahabatan adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara"

Persahabatan yang baik akan membawa kesyurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Prinsip bersahabat:


@- Berkawanlah dengan sesiapa sahaja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.

@- Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.

@- Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.

@- Perbaiki hubungan sesama manusia (hablumminannas) di samping perbaiki hubungan Allah (Hablumminallah).

@- Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.

@- jangan memandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya, tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.

Berusaha dlam dakwah adalah tanggungjawab kita, tetapi pemberian taufik dan hidayah adalah ditangan Allah.

Berkawan dengan orang yang buruk akhlak adalah sebagai satu cara untuk mengiji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

Sumber Ustaz Zawawi Yosoh

--------------------------------------------------------------------------------------------------
*Jangan jadi kawan makan kawan.......berkawan biar ikhlas bukan kerana sebab.....

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails