TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 24 Jun 2009

SIFAT-SIFAT SUAMI YANG ADIL DAN SOLEH

1. Menjadi pemimpin bagi anak-anak dan isteri di dalam rumahtangga.

2. Mengajar ilmu fardhu ain kepada anak isterinya yang merangkumi ilmu
tauhid, fekah dan tasawwuf.

3. Berusaha memberi nafkah kepada keluarga.(makan, minum, tempat tinggal, pakaian dari sumber yang halal)

4. Memberi nafkah batin kepada isterinya. (perbelanjaan harian, pakaian, waktu)

5. Tidak menzalimi anak isteri.
* memberi didikan agama yang sempurna.
* memberi nafkah zahir dan batin secukupnya.
* memberi nasihat serta menegur dan memberi tunjuk ajar jika melakukan maksiat atau kesalahan.
* tidak memukul hingga mencederakan.

6. Membatasi kebebasan dan pergaulan isterinya.
* menghalang kebebasan isteri dengan lelaki lain.
* menghalangnya bercampur dengan lelaki yang bukan muhrim.
* membatasi pergerakannya yang boleh menimbulkan fitnah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"barangsiapa yang bersabar dengan perangai isterinya akan beroleh ganjaran seperti Nabi Ayub a.s dan mana-mana wanita yang bersabar dengan perangai suaminya akan beroleh ganjaran seperti Asiah (isteri Firaun yang diseksa kerana memeluk Islam sehingga syahid)."

Rasulullah s.a.w Bersabda:

" Jangan ada diantara kamu yang memukul isterinya seperti hamba abdi dan kemudian pada malam harinya mengadakan persetubuhan dengannya pula."

(Bukhari, Muslim)

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails