TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 10 Jun 2009

Lawatan Lee Kuan Yew, meneroka peluang Malaysia dan Singapore untuk bercantum semula????.







TENTU tidak dapat kita bayangkan kesukaran yang mungkin kita hadapi kalau setiap negeri di dalam Malaysia merupakan Negara-negara yang merdeka dengan pemerintahan sendiri.


Kesukaran yang amat ketara ialah kita kena berhenti disetiap sempadan negeri untuk proses memeriksa dan mencop passport kita setiap kali kita keluar masuk antara satu negeri ke negeri yang lain. Dan mungkin kita perlukan memohon visa jika ingin tinggal lebih lama di negeri lain.

Beratur panjang untuk membayar tol lebuh raya pun kita sudah berasa rimas apatah lagi terpaksa beratur untuk berdepan dengan kerenah imegresyen dan kastam.Tetapi syukurlah keadaan seperti di atas tidak berlaku dan saya percaya semua kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku pada masa akan datang dan sampai bila-bila pun.

Hanya kita rakyat Malaysia sahaja yang dapat merasakan bagaimana nikmatnya dan selesanya kita bebas bergerak ke semua negeri-negeri dalam Malaysia ini.Dan saya percaya kalau rakyat Singapura diberikan keistimewaan bergerak bebas untuk keluar masuk ke Malaysia, tanpa perlu kepada pemeriksaan passport dan kastam, mereka bebas untuk tinggal dan bekerja di mana-mana saja mereka suka di Malaysia tanpa permit dan visa seperti rakyat Malaysia lainnya tentulah mereka tidak akan menolak keistimewaan yang diberikan kepada mereka itu.

Tidak mungkin untuk mencantumkan kedua-dua negara ini semula, malah mungkin mereka amat mengalu-alukanya. Halangan yang ada mungkin datang dari pemimpin-pemimpin politik yang masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda yang berlainan.

Salah satu faedah yang tidak ternilai yang dapat dirasakan oleh rakyat malaysia ialah nikmat kebebasan pergi ke mana sahaja dan boleh tinggal dan bekerja di mana sahaja dalam negara ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*tak mau laaaaa.....

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails