TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Ahad, 28 Jun 2009

Koleksi lawak..


kisah 1

Ini kisah real masa aku di sekolah menengah dulu. Time tu kelas Tajwid Al Quran dan Ustaz Husin (dah arwah) masa itu menerangkan pelajaran tajwid dan cara membaca Al Quran dengan betul,contohnya rukun lima iaitu idram maa runnah dll-( aku tak tau kalau ada kawan kawan faham atau tidak, sorry kalau ada yang tak faham):-

Ustaz: Ali, jika nun mati berjumpa dengan mim, apa hukumnya?

Ali (terkenal dengan loyar buruk) : Ustaz, nun jumpa mim tu, malam ke siang?

Ustaz (bingung dengan soalan Ali) lalu bertanya: apa kaitan malam atau siang?

Ali: Ya la ustaz.., kalau nun mati berjumpa dengan mim waktu malam, apa lagi u
staz..hukumnya tentu mimcabut lari bila jumpa nun yang dah mati.

Murid-murid: ha ha ha ha ha

Ustaz: bangang punya budak.....berdiri atas meja.

*huruf nun mati berjumpa huruf mum adalah idram maalrunnah dan wajib dibaca dengan panjang dua harakat.
_________________________________________________________________________________________________

Kisah 2


4 org sahabat baik, A, B, C,dan D sedang bermain golf.sedang bermain,si D pergi ketandas sebab skit perut . Sedang menunggu si D siap, mereka yang lain bercerita tentang kejayaan anak2 mereka

A : anak lelaki aku skrang ni dah jdi sorang saleman yg berjaya.smpai die boleh bg sebijik keter wira ixora kat kawan dye dgn PERCUMA.

B : wow!!! hebat, anak lelaki aku plak dah berjaya sebagai arkitek smpai die bleh bg sebijik rumah baru pd kwn die dgn PERCUMA.

C ; cit!! anak lelaki aku lagi hebat,die dah jadi hartanah yg berjaya smpai bleh bagi 1 hektar tanah kpd kwan die dgn PERCUMA

sedang mereka bercerita,

D smpai,lalu mencelah
anak ppuan aku menganggur jer,x kerja, tapi boyfriends die bagi KETER,UMAH dan TANAH dgn PERCUMA jer...kua..kua..
_________________________________________________________________________________________
Kisah 3

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.

Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 29 Jun 2009

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
*Boleh la layan kalau boring.....

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails