TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Sabtu, 6 Jun 2009

Kayu Teras



Tadi selepas dok mengamok potong pokok ada la ambik teras kayu untuk di buat ulu parang dak pun lading..teras kayu nangka..

Info teras kayu:
Sejarah Teras Kayu

Sesetengah pendapat menyatakan pengetahuan tentang khasiat dan fadilat teras kayu bermula pada zaman Nabi Adam a.s lagi. Allah telah mengurniakan pengetahuan tentang teras kayu sebagai penawar kepada Nabi Adam a.s. sedangkan malaikat tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan banyak kelebihan yang Allah berikan kepada bangsa manusia.

Terdapat teras-teras dan kayu yang mempunyai fadilat semulajadi diluar jangkaan fikiran kita. Ada teras yang menjadi penawar racun dan bisa, memberi kesan kepada tubuh badan kita dari kekuatan urat dan kulit dan yang boleh memudaratkan lawan. Setiap teras dipercayai mempunyai 41 jenis fadilat dan sebahagian kecil sahaja yang diketahui oleh manusia.
Kebanyakan senjata dulu seperti keris, pisau, badik lembing ulu dan sarungnya diperbuat daripada teras-teras kayu yang bermutu dan terpilih. Teras-teras yang biasa menjadi pilihan pendekar ialah teras yang boleh dijadikan penawar seperti kemuning hitam, kemuning kuning, penawar hitam, guni hitam, abanuh dan lain-lain lagi. Sebabnya bila tercedera pendekar tadi dapat mengubatinya dengan cepat dan pantas.
Selain teras yang boleh menjadi penawar ada juga teras dan kayu yang berbisa dan tidak boleh diguna sebarangan seperti kayu rengat, sulur bertam dan lain-lain.
Banyak cara yang digunakan oleh orang-orang dulu untuk mendapatkan maafaat teras. Ada yang buat senjata,tongkat, tasbih, mata cincin, ikat pinggang, minum air rebusan teras dan lain-lain
Teras kayu dalam tasbih

Penggunaan tasbih berkait rapat dengan agama terutama dalam agama Islam dan digunakan untuk berzikir. Penggunaa tasbih semasa berzikir membolehkan perbuatan zahir selari dengan perbuatan hati dan ini dapat mengelakan kita dari terlalai. Nabi kita pernah menggunakan biji tamar semasa berzikir.

Kenapa tasbih teras kayu?...ulama berpendapat, daripada plastic lebih baik kayu, batu dan teras kayu. Maka lebih baik batu dan teras kayu kerana ia hidup.
Fadilatnya....kena tanya tok guru dulu baru yakin!!!

Penggunaan tasbih semasa berzikir.

Sahabat yang mula-mula menggunakan tasbih ialah Abu Hurairah. Beliau menyimpul sebanyak 1000 simpulan tali untuk menandakan bilangan berapa kali kah ucapan tasbih beliau kepada Allah untuk sehari semalaman. Abu Hurairah merupakan sahabat Rasullah maka tidaklah menjadi salah kepada kita sekiranya kita menggunakan buah tasbih kerana mengikut perbuatan Abu Hurairah.


Surah An-Nisa ayat 103 yang bermaksud:' Apabila engkau selasai solat, maka berzikirlah kepada Allah, baik di waktu berdiri, duduk dan sebagainya'


Surah Al-Ahzab ayat 31-32 ertnya:"wahai orang-orang yang beriman berzikirlah kepada Allah
sebanyak-banyak'

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails