TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 26 Jun 2009

Jawatan Kosong


Jawatan Kosong: Setiausaha di Agrobank Negeri Kedah/Perlis

Sukacita dimaklumkan bahawa Agrobank Pejabat Negeri Kedah/Perlis mempunyai kekosongan 1 jawatan Setiausaha.

Sehubungan dengan itu, pihak Agrobank memohon kerjasama Prof./Prof.Madya/Tuan/Puan yang budiman untuk menghebahkan tawaran kekosongan jawatan ini kepada graduan UiTM dalam bidang berkaitan.

Bersama ini disertakan maklumat tawaran sebagai rujukan:

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon kekosongan jawatan.

Jawatan : Setiausaha
Gred : NE117
Bil. Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap
Syarat Lantikan : Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
ii. Diploma Kesetiausahaan/Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat dari UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. iii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
iv. Keutamaan adalah diberi kepada calon-calon yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan pandai mengendalikan komputer.

Cara memohon :

Permohonan hendaklah dibuat secara menulis sendiri dengan menyertakan resume, salinan sijil, surat beranak, kad pengenalan, Sijil Pelajaran Malaysia dan salinan sijil kelulusan (termasuk transkrip Diploma) dan gambar warna berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Pengurus Negeri Kedah/Perlis
Bank Pertanian Malaysia Berhad
Tingkat 5, 1518-A, Jalan Tunku Ibrahim
05710 Alor Setar, Kedah

Tarikh tutup permohonan ialah pada 6 Julai 2009 (Isnin).

Sekian.

Wassalam.

sumber:
Unit Komunikasi Korporat
UiTM Perlis
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
*untuk sapa-sapa yang mencari kerja......

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails