TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Ahad, 7 Jun 2009

Ikan bakar & sayuaq manis ghebung

Ikan bakaq bungkuih dengan daun lengkuih


Ayeaq asam mak ndak chik
Sayuaq manis ghebung


Menu tengahari..fuhhh pagi tadi pak ndak dien(ayah zam) pi NAT beli ikan temenung besaq.plan nak bakaq la...pastu pi la cari rebung kat belakang ghumah ada la 4..5 pucuk boleh la buat sayuaq manis nie..kena pulak ngan ayeaq asam mak ndak chik(mak zam) mama plak buat gulai ayam...meleleh.. orraittt......

Info:
Rebung buluh
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Rebung buluh yang telah siap diproses dan dipotong.

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut, terutamanya dari spesies Bambusa vulgaris dan Phyllostachys edulis. Di Asia, ia biasanya ambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk, contohnya gulai rebung dan sayur lodeh.

Resipi...Rebung Goreng Pedas

Bahan-Bahan
Rebung ( di cincang halus )
belacan ( di bakar sedikit )
Cili Padi (di tumbuk )
bawang merah ( ditumbuk )
bawang putih ( di tumbuk )
lada besar (dihiris untuk hiasan)
udang kering( di tumbuk)

Cara Membuatnya

1- rebus rebung tambah 1 sudu besar garam, sehingga lembut.
2- semua bahan2 di atas di tumbuk hingga lumat.
3- setelah rebung lembut,toskan kemudian perah air nya sehingga kering.
4- panaskan kuali gereng bahan2 yg ditumbuk hingga naik bau, kemudian masukkan rebung yg telah diperah.
5- goreng sehingga bahan tadi sebati dengan rebung.
6- sesudah masak, hiaskan dengan lada besar yg tlh dibuang biji. Bagi mereka yg sukakan masakan pedas, Resepi ini mmg sesuai untuk anda....CUBALAH!!!


ACAR REBUNG

Bahan:

Rebung- dipotong memanjang dan ambil bahagian lembut sahaja.
Air cuka- air,cuka,gula dan garam dimasak hingga mendidih dan sejukkan. Bila sejuk, bolehlah dicelur rebung di atas.


Bahan blend:
bawang merah
bwg putih
halia
sedikit lengkuas
kunyit
buah keras
cili kering- jika suka pedas,lebihkan

serai-diketuk
biji sawi dan biji ketumbar


CARA :

1. Panaskan minyak,tumis bahan blend bersama biji sawi dan biji ketumbar sehingga naik bau.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit ikut kepekatan yg dikehendaki.
3. Bila dah mendidih,masukkan rebung di atas.
4. Last sekali masukkan cuka,gula dan sedikit garam .
5. Bila kuah dah hampir kering, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Nota: kena tahu balancekan kuantiti cuka dgn gula. contohnya kalau kita bubuh 1 sudu besar cuka jadi 1 sudu besar gula la.


PAJERI REBUNG

Bahan-bahan:

250gm rebung (rebung jeruk atau rebung mentah)
50gm kelapa parut untuk dibuat kerisik
200ml santan
15gm rempah kari daging
gula & garam
minyak
air asam jawa

Bahan tumis:
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih

Bahan Blend:
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 cm halia


Cara:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik baunya.
2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
3. Masukkan pula rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
4. Selepas itu, masukkan rebung dan udang, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
5. Apabila telah mendidih, masukkan santan, kerisik, gula dan garam. Kemudian kacau sehingga sebati.
6. Masak pajeri pada api perlahan dan biarkan seketika sehingga pajeri pekat.
7. Angkat setelah masak dan hidangkan.



Air Asam

Bahan-Bahan:
BAHAN 'A'
Asam jawa (dalam dua kerat jari)
(direndam ½ cawan air suam, buang biji)
1 biji limau kasturi (besar)
(dibelah dua dan dibuang biji)
8-10 cili padi kampung
½ biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
1-2 biji tomato
1-2 biji bawang besar
Cara:
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Potong tomato kecil-kecil (kiub
4. Hiris bawang. Pastikan empulur bawang dibuang.
5. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar.
Cadangan Hidangan:
Boleh makan bersama ikan bakar seperti cencaru. ikan terubuk, ikan pari bakar.

Juga boleh dimakan dengan ulam-ulam kampung. Istimewa dengan jantung pisang abu. Caranya mudah, masak air dalam periuk dan tunggu menggelegak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Jangan belah 2 jantung sehingga air menggelegak. Nanti jantung hitam dek getah. Rebus sampai empuk 20 - 30 mengikut saiz.

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails