TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 17 Jun 2009

ASAL USUL GAMAT DAN KHASIATNYA........



Gamat telah lama diketahui kelebihannya dan telah digunakan oleh generasi dahulu selama lebih 300 tahun.

Gamat atau nama saintifknya Stichopus Sp1 adalah sejenis kehidupan laut yang berbentuk seperti buah Cempedak dan mempunyai banyak kelebihan didalam bidang perubatan terutamanya membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Gamat juga di kenali dengan nama mentimun laut (sea cucumber).

Penyelidikan awal oleh Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM) telah berjaya membuka lembaran baru dalam pengunaan gamat apabila haiwan itu dikatakan boleh diguna secara komersil untuk menghasilkan ubat penahan sakit dan mempercepatkan proses penyembuhan berdasarkan khasiatnya yang banyak.

Penyelidikan yang diketuai oleh Dr Hassan Yaacob mendapati penggunaan pati gamat sebagai ubat penahan sakit adalah dua kali lebih mujarab berbanding ubat penahan lain seperti aspirin, morfin dan penyembuh luka seperti iodin. Pati gamat dirumus dalam bentuk krim, sirap, tablet dan salap. Biasanya diberikan kepada pesakit wanita yang luka ketika bersalin dan kanak-kanak yang baru berkhatan termasuklah di Hospital Universiti.

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails