(A)
Mengadakan sambutan hari lahir dan hari perkahwinan adalah harus dengan syarat tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang ditegah Syarak (yakni Allah dan Rasul).
Islam mengharuskan untuk kita melahirkan perasaan gembira terhadap anugerah Allah kepada kita dengan sebarang cara asalkan tidak menyalahi Syariat yang wajib kita ikuti.
Sekalipun sambutan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., namun itu tidak menjadi alasan untuk mengharamkannya kerana kita hanya ditegah melakukan perkara baru (yakni Bidah) dalam hal-hal agama.
Adapun dalam hal-hal keduniaan, terserah kepada kita asalkan jangan sampai melanggari ketetapan Syariat yang sedia ada. Islam adalah agama yang sentiasa memberi kelapangan kepada manusia.
Selain hari lahir dan hari perkahwinan, diharuskan juga kita menyambut hari-hari bersama dalam Negara dan masyarakat. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan dalam fatwanya;
Adapun perayaan-perayaan Negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut,
dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariat yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut.
Wallahu Alam.
Rujukan;
1. Baina as-Sail Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Muhammad Bakar Ismail (salah seorang ulamak al-Azhar), hlm. 325.
2. Fatawa Muashirah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 3, hlm. 673
(B)
Para fuqaha’ sejak dulukala (bila Birthday Nabi saw (Maulid) disambut bermula abad ke 4H), tidak sepakat mengenai hukum birthday: ada yg keras mencegahnya dan ada yg mengharuskan kerana ia adat sahaja.
Kami memilih pendapat Prof Dr al_Imam Abdallah Yusof alQaradawi dari Dhoha, Qatar, mujtahid yg masih hidup dan menyaksikan karenah birthday ini (Islam Online):
Dr Qardhawi menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tidak significant kerana peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil dan luarbiasa atau suatu achievement yg sukar diperolehi.
Lebih dari 6 bilion umat manusia meningkat umurnya saban tahun dan ia bukanlah suatu yg perlu disambut kerana peningkatan umur ini terlalu rutin dan proses tabi’iy saban tahun sahaja.
Lazimnya kita membuat kenduri atau sambutan kesyukuran bila kita dapat mencapai sesuatu kejayaan yg jarang2 dicapai oleh orang lain. WaLlahu a’alam-
Rujukan-Koleksi Soal Jawab Agama
Sumber-internet
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Buat la pilihan anda sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan