TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 22 Jun 2009

Adat makan

Orang tua-tua dulu mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di tempat keramaian. Ia bertujuan untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kita buat-buat deekk dan saja tak ambik tau pun...

Pantang masa dok makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
--------------------------------------------------------------------------------------------
* satu lagi kalau makan kat kedai jangan plak buat-buat lupa nak bayaq...hohoho

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails