
Ada berapa perubahan yang dilaksanakan oleh Opera :
*Rekabentuk dan antaramuka serba baru yang menarik dan memberikan ciri-ciri pelayaran web yang terkini.
*Sokongan kepada skrin sentuh, yang mana skrin sentuh kini disokong oleh kebanyakkan telefon bimbit pada masa kini.
*Fungsi pengurusan kata laluan yang mana membolehkan Opera Mini menyimpan kata laluan anda untuk emel, laman-laman sosial dan sebagainya.
*Fungsi tab, iaitu salah satu fungsi pada pelayar web Opera, kini diperkenalkan pada Opera Mini, membolehkan para pengguna melayari lebih daripada beberapa laman web pada masa yang sama.
*Fungsi Speed Dial, yang mana membolehkan anda menyimpan laman-laman web kegemaran anda dimuka hadapan, sekaligus memudahkan pelayaran web anda.
Ia boleh dimuat turun disini untuk BlackBerry ataupun telefon bimbit berasaskan Java anda
1 ulasan:
wah..syoknya..kene beli blackberry gini..hehe..tah bila la tu..
Catat Ulasan