TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 17 Julai 2009

Koleksi Lawak


Seorang pesakit merasa gembira dan bersyukur kerana setelah dirawat oleh doktor Azam..die semakin pulih..
Doktor..saya amat berterima kasih dengan segala pertolongan doktor selama ini...oleh itu saya ingin membalas pertolongan doktor itu...........Doktor Azam merase hairan..lalu bertanya..
Takpela..saya sebagai doktor memang perlu membantu orang...tidak perlu balasan.....Pesakit itu memegang tangan doktor itu lalu berkata..Saya telah meletakkan nama doktor dalam senarai pemilik harta di wasiat saya...harap terimalah pemberian ikhlas ini...wlupun tk setanding dengan apa yang doktor lalukan kepada saya....Doktor itu tergamam lalu berkata...Erm..terima kasih..erm encik ..bolehkah saya menyemak balik senarai ubat2 yang saya berikan kepada encik..rasanya saya ingin memberikan ubat yang lain kepada encik......

Ada seorang lelaki membela seekor monyet...satu hari die membawa monyet peliharaan nya pergi ke sebuah Bar...Semase lelaki tersebut menikmati minuman di bar tersebut...monyet peliharaan nya itu mula membuat kacau...dia melompat ke sana sini...Bila nampak sepiring kacang monyet itu terus memakannya..nampak semangkuk kentang goreng terus mengambil nya lalu di makan nya...dan tiba2 melompat pula ke atas meja pool dan mengambil bola pool tersbut dan menelannya sehingga abis...
Pemilik bar tersebut melihat keadaan itu dan berkata kepada lelaki tersebt Encik...encik nampk tak ape yang monyet encik lalukan?..... Ape?.....die menelan bola pool di meja pool saya sehingga abis.....
Dengan selamba lelaki itu menjawab ..Saya tak pelik pun...dia memang akan makan apa sahaja...saya akan byr semua yang dia makan tadi...ok....Lelaki tersebut menghabiskan minumannya dan membayar bill lalu beredar...
Dua minggu selepas itu..lelaki itu bersama monyet nya datang lagi sekali ke bar tersebut...Seperti biasa lelaki itu memesan minuman dan sekali lagi monyet nya itu melompat kesana sini...dan tiba2 monyet tersebut ternampak sebiji epal..die mengambil epal tersebut dan menyumbat ke punggungnya..dan mengeluarkan semula lalu memakan nya ....
Pemilik bar semakin hairan dan terkejut..lalu berkata kepada pemilik monyet tersebut..Encik..adakah encik nampk apa yang monyet encik lalukan tadi?...Ape lagi??......Die menyumbat sebiji epal kedalm punggungnya dan mengeluarkan nya lalu di makan...
Saya tk pelik pun...dia masih akan makan apa sahaja..cume sejak dia menelan bola pool hari tu...sekarang dia akan mengukur dulu sebelum memakannya...

Ada seorang pelancong singgah di sebuah pekan kecil dalam keadaan kepenatan. Beliau berhenti di sebuah hotel untuk menginap semalaman. Tetapi hotel itu sudah penuh ...
Pelancong: Encik..saya tidak kesah tidur di mana..asalkan ada katil..tolong carikan untuk saya.....rayu pelancong itu kepada pengurus hotel tersebut..
Pengurus Hotel:Kalau encik tidak kesah boleh berkongsi bilik dengan seorang penginap...dia dan kamu boleh bahagi dua bill hotel ini nanti..
Pelancong:Ohh..bagus..saya setuju
Pengurus Hotel: Tetapi ada satu masalah sedikit dengan penginap tersebut..beliau amat kuat berdengkur apabila tidur...kadangkala menggangu penginap di bilik sebelah..Adakah encik tidak kesah?
Pelancong: Tidak mengapa...
Keesokkan harinya pelancong itu turun ke loby hotel dengan wajah yang segar dan ceria..Pengurus hotel itu melihat pelancong tersebt lalu berkata...
Pengurus Hotel:Lena tidur malam tadi encik?
Pelancong:Sangat lena..terima kasih..
Pengurus Hotel: Encik tiada masalah dengan penginap yang berdengkur kuat itu ke?
Pelancong:Tidak lansung..saya telah mendiamkan dia...
Pengurus Hotel: Bagaimana encik melakukannya?
Pelancong: Sedang dia tidur sambil berdengkur kuat...saya datang kepadanya dan mencium pipinya lalu saya kata kepadanya Selamat Malam...sayang...lepas tu dia terus bangun dan berjaga sepanjang malam...

Tiada ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails