Sila rujuk disini untuk selanjutnya.
1. Wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid;
2. Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid;
3. Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah menasihatkan KWSP menyemak semula peraturan dan undang-undang sedia ada berhubung penamaan supaya selaras dengan hukum syarak.
4. Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia. Fatwa itu menjelaskan perkara berikut:
Wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka.
5. Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.
Berdasarkan fatwa-fatwa yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa wang simpanan KWSP adalah hak milik mutlak pencarum yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid apabila pencarum meninggal dunia dan bukan harta sepencarian.
mari kemaskini nama waris untuk KWSP
BalasPadam