Rabu, 26 Mei 2010

Adap menggunakan Lif

Salam.....

Pagi tadi Terjaga  dari tidur dalam pukul 6.15 pagi...Baju mama tak iron lagi.... Kejutkan abah bangun sembahyang subuh dulu... Then Cik Min .. Cuteri dan Cupian.... mama iron baju kerja dgn baju sekolah macam ribut... nasib baik sempat  siap dalam 20 minit.... 

Selalu mama bangun dalam pukul 5 pagi.... entah macam mana hari nih terlewat... mungkin sebab mama minum ubat batuk sama kot semalam...  Nasib baik time bulan mengambang... So jimat masa.... Hehehehe....

Ok hari nih tak dak N3 bergambar.... mama cuma nak kongsi apa yang mama tengah baca.... saja ja syoq2.... N3 ni mama ambik dalam majalah APO jugak... nampak menarik boleh gak buat hiburan pepagi nih.....

Ok... harap enjoy...

Lif atau elevator dalam bahasa inggerisnya adalah satu kemudahan asas yang digunakan di banyak tempat dalam dunia... Walaupun lif adalah kemudahan asas... Pada asasnya korang tak boleh mengabaikan peraturan asas serta adab2 ketika menggunakan lif...

  1. Elakkan menekan semua butang tingkat sekaligus.... Dikhuatiri para pengguna lain akan membuat latihan tekan tubi di atas perut korang nanti.
  2. Jangan gatal tangan menconteng atau lebih teruk lagi melukis anatomi ketiak jiran di dalam lif.
  3. Duduk diam dan tunggu sehingga korang sampai ke tingkat yang hendak di tuju dan bukan memanjat dinding ataupun bermain polis sentri di dalam lif.
  4. Jangan membuang air kecil di dalam lif kecuali kalau korang rasa korang adalah seekor singa Afrika yang sedang menandakan kawasan dengan air kencing.
  5. Dilarang sama sekali kentut di dalam lif yang padat dengan pengguna demi mengelak kekurangan oksigen sehingga menyebabkan kematian.

Penulis asal: Cerpelai

14 ulasan:

  1. gud info..hahaha..gelak sorg2 bace..jgn kentut tu sgt pnting..

    BalasPadam
  2. salam ziarah.

    kalau terkentut dalam lif memang dapat habuan percuma daripada orang lain.

    mungkin perlu buat senggat sesama penumpang lif.

    BalasPadam
  3. salam,

    betul adab tu tambah lagi janganlah merokok dalam lif sesak nafas dibuatnya..

    BalasPadam
  4. hehe..yg last skali tu mmg jgn buat lah..mati sume org nnti..hehe

    BalasPadam
  5. salam ziarah..
    moga kita semua ceria
    hari ini..diberkati Allah
    dan sihat selalu..
    yang no 5 tu tak tahan
    bila baca..bergolek gelak
    he he he..

    BalasPadam
  6. pernah terkena.

    nak tegur takut dia malu.

    buat dek jer..
    dua kali pulak tu..
    puas menahan harum bau.


    duk depan saya kat ofis ni.. huhu..

    BalasPadam
  7. Jika tidak menepati adap adap diatas..sila naik tangga saja lah..biar pun 80 tingkat..

    BalasPadam
  8. Nampaknya majalah Apo? ni bukan bacaan budak2 dan remaja sahaja.. Along suka beli majalah ni dan kakcik akan tumpang baca! :)

    BalasPadam
  9. salam alimaz,
    yang kes terkentut tu yang tak tahan nak gelak..hihihihi...

    BalasPadam
  10. salam,
    hehehheh...
    kentut kalo sorang2 tak per
    jangan tetiba ada org masuk
    opssssssssss..
    kantoi!!
    hahahha

    BalasPadam
  11. kalau ada yg terkentut..bole pitam woo..haha..

    best gak info nih..kelaka..huhu..

    BalasPadam
  12. terima kasih berkongsi info.

    satu lagi: kasi org dlm lif turun dulu sebelum kita masuk.

    BalasPadam